Akaun arisma.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

SEDEKAH SUBUH 2.0 :: KORBAN KASIH AUTISMA

SEDEKAH SUBUH 2.0 :: KORBAN KASIH AUTISMA

Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika menghadapi saat kematiannya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian.


Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)


Manusia hanya akan tahu kehebatan dan ketinggian amalan sedekah itu selepas mereka meninggal dunia. Sedekah digambarkan sesuatu yang sangat luar biasa.


Mengikut perkiraan asas matematik, apabila satu tolak satu, maka hasilnya adalah kosong. Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah kerana perkiraan (1-1) itu akan jadi 10 sehingga 700.


Demikian besarnya ganjaran pahala dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang bersedekah dan berinfak di jalan Allah.


Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.


Ingatlah, segala harta dunia yang kita pakai atau pegang ketika ini belum tentu menjadi milik kita. Yang pasti, setiap sen atau harta diinfakkan di jalan Allah itu akan menjadi pelaburan di akhirat kelak di mana kebaikannya berkekalan.


Pada bulan Dzulhijjah ini, umat Islam dianjurkan untuk memperbanyak amalan seperti berpuasa, bersedekah, hingga menyantuni anak yatim dan insan-INSAN OKU untuk bisa mendapatkan keutamaan bulan Dzulhijjah. 

Maka jom kita audit diri dalam bulan Dzulhijjah ini, banyak mana dah sedekah kita setakat ini? Berlipat ganda jika dibanding kan dengan bulan lain? Atau sama sahaja kuantiti sedekah kita? Atau belum sempat sedekah lagi?


Sedekah apa kita hari ini?

JOM SEDEKAH SUBUH/MENYUMBANG kepada PROGRAM KORBAN KASIH AUTISMA anjuran YAYASAN ARISMA


Tanya ARISMA